Sungguh memenatkan 2,3 minggu ni…Minggu lepas ke Pengkalan Hulu menghadiri bengkel selama 3 hari kemudian minggu ini hari Selasa ke Ipoh sebab ada perbincangan SUK. Kemudian hari ini ada program di Tapah…huh…penat betul…
Minggu depan dimulai dengan 2 Mesyuarat penting pada hari Isnin dan petangnya bertolak ke Seberang Perai kerana hari Selasa ada taklimat di sana…harap2nya hari rabu sampai jumaat bolehla menghabiskan kerja-kerja yang bertimbun di atas meja sepanjang ketiadaan saya…nak buat macam mana, kita ni one man show. Nasib baik ada 2 org Admin Assistant yg cekap dan prihatin…kalu tak, rasanya clerical work pun kena buat jugak...
Itula antara diari dan rutin saya sepanjang bertugas sebagai penjawat awam. Maklumla, SYMP (saya yg menurut perintah). Kalau tak dedicate, makan gaji buta pulak…tak halal rezekinya…Saya pernah merasa tersinggung apabila terdengar seseorang berkata masa datang temuduga untuk jawatan kerajaan, sebab beliau mahu kerja kerajaan sebab mudah dan ‘8 to 5’… saya tersinggung sebab saya dibesarkan dalam keluarga penjawat awam. Saya ingat lagi dari saya kecil lagi ayah selalu bawa saya dan adik lelaki saya ke pejabat pada waktu malam untuk temankan ayah habiskan kerja-kerja beliau. Harus diingatkan disini, ayah saya tak boleh claim overtime. Emak saya pun selalu pergi ke pejabat pada sebelah malam atau pada hujung minggu untuk menghabiskan kerja2 beliau semasa beliau berkhidmat dulu…adik saya yang lelaki pulak, hanya akan punch out keluar seawal-awal pun pukul 8 malam. Saya pulak biasanya hujung minggu akan ke pejabat memastikan kerja2 selesai…sebab tu saya sangat terasa…
Rasanya ni dah sampai tahap membebel…hehe…Cuma yang menjadi pegangan saya, setiap hari saya bekerja kerana Allah dan berdoa agar rezeki yang diberikan pada hari itu adalah rezeki yang halal…
Bak kata ayah saya, “Jangan jadi cicak, jadilah orang yang Bijak”…Insya Allah…