About Me

My photo
Saya cuma orang biasa yg menulis buah fikiran sendiri dan segala yg ditulis tidak bermaksud utk dikaitkan, mengaitkan sesiapa...

Saturday, May 19, 2012

Makanan Minda

Bila terbaca posting Sis Epit, saya pun terfikir…betul saya bersetuju dengan pendapat beliau. Membaca adalah satu kecintaan. Pada saya membaca itu satu kegilaan. Kalau bukan satu kegilaan takkan saya sanggup berhabisan ratusan RM setiap tahun membeli buku-buku penulis kegemaran saya, buku-buku bukan fiksyen, majalah dan sebagainya.

Pada pendapat saya terdapat dua jenis bahan bacaan. Satu saya kategorikan sebagai bacaan berat (atau ilmiah) dan satu lagi saya kategorikan bacaan ringan (istilah saya kepada Sis Epit “Junk Reading”). Saya tidak anti kepada salah satu jenis bacaan ini. Malah saya membaca kedua-duanya sekali. Contoh bacaan berat seperti karya yang perlukan kita berfikir semasa membaca kerana maksudnya tidak terdapat secara prima facie atau on the face (maaf… kalau dah berlatar belakangkan pendidikan undang-undang, maka istilah-istilahperundangan selalu akan digunakan…hehe). Maka, terpaksalah pembaca berfikir apa maksud disebalik penceritaan penulis tersebut. Contohnya seperti karya-karya Usman Awang, A. Samad Said atau penulis kontemporari seperti Faisal Tehrani.

Kategori kedua iaitu bacaan ringan atau junk reading. Contoh yang mudah majalah-majalah hiburan, buku-buku chic lit atau buku-buku pop fiksyen yang laris di kedai-kedai buku main stream. Saya sendiri membaca Majalah Galaxie, Cleo, meminati juga Sophie Kinsella. 

Pada saya pembacaan kedua-dua jenis bahan bacaan ini perlu diseimbangkan. Terlalu membaca banyak majalah hiburan pun tidak membina minda. Bagi saya, selepas menghabiskan sesuatu bacaan berat atau ilmiah, saya perlukan satu bacaan ringan kerana kepala saya akan menjadi sesak dengan maklumat-maklumat daripada bacaan tersebut dan bacaan ringan membantu melegakan kesesakan tersebut. 

Perumpamaan yang saya boleh katakan ialah bacaan ringan @ junk reading itu macam fast food. Terlalu banyak kita ambil, boleh menjejaskan kesihatan. Sama juga dengan bacaan, terlalu banyak junk reading, boleh melemahkan minda. Tetapi kalau sekali-sekala, apa salahnya. Akhirnya, pilihan di tangan sendiri… 

Saya seorang yang sedikit adventurous dalam pembacaan. Saya akan cuba membaca buku-buku yang dicadangkan oleh rakan-rakan. Sekiranya saya tidak suka apa yang saya baca, saya tidak akan baca lagi. Tetapi kalau penulis tersebut kegemaran rakan saya, saya tidak akan mempengaruhinya untuk berhenti meminati penulis tersebut. Vice versa. Sekiranya penulis kegemaran saya tidak diminati oleh rakan saya, saya menerima dengan lapang dada. Bak kata emak, jari kita pun tak sama panjang. Kita hidup dalam Negara yang merdeka dan Perlembagaan Persekutuan membenarkan kita membuat pilihan. Jadi…berlapang dada dan minda…

Wednesday, May 2, 2012

Gila Buku

Kalau orang lain gila shopping, gila melawa, saya gila buku. Membeli buku dan membaca buku adalah hobi yang dikongsi oleh keluarga saya (kecuali adik lelaki). It always a family affairs...

Sempena cuti hari pekerja baru-baru ini, saya berkesempatan mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC diteman oleh sis Epit dan Diani...



Memang rambang mata memilih buku-buku yang dipamerkan. Ini antara buku-buku yang dibeli...


Dengan bajet yang sangat terhad, Alhamdullilah dapat juga beli buku-buku yang dihajati. Terutamanya buku-buku Faisal Tehrani yang susah nak dijumpai di kedai-kedai buku "mainstream". 

Antara yang menjadi buruan saya adalah mendapatkan buku-buku terpakai yang sangat murah dan berbaloi di booth Pay Less.

Harap-harap dapat berkunjung lagi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur lagi. Insya Allah...