About Me

My photo
Saya cuma orang biasa yg menulis buah fikiran sendiri dan segala yg ditulis tidak bermaksud utk dikaitkan, mengaitkan sesiapa...

Thursday, November 11, 2010

Sastera Jiwa Bangsa

semaalam entah macam mana tak boleh tidur sebab di Behrang 2020 ni panas. jadi terbukala siaran di TV3, Soal Jawab. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Prof Lim Swee Ting, dengan mempelajari atau menghayayati sastera, sebenarnya kita mempelajari jiwa bangsa (lebih kurang begitula. maaf kalau tersalah petik kata-kata Prof).

Saya bersetuju sebenarnya. saya sebenarnya amat berminat dengan subjek sastera( dapat A1 masa SPM...hehe). banyak rakan2 mengatakan subjek sastera adalah senang untuk diskor. tetapi hanya mereka yang belajar sahaja tahu betapa payahnya nak meyakinkan pemeriksa dgn jawapan diberikan memandangkan subjek tersebut terlalu subjektif. bukanlah seperti subjek matematek yang 1+1 tentulah jawapannya 2. saya sebenarnya bersyukur dapat belajar subjek ini dan sangat cemburu dengan orang-orang yang dapat meneruskan pengajian di universiti dalam pengajian kesusasteraan seperti adik saya yang bongsu.

Saya masih ingat betapa gigih guru saya cuba memahamkan bait-bait gurindam, puisi atau sastera klasik kepada kami. Betapa seronoknya waktu belajar subjek drama yg masing-masing cuba menggilap bakat lakonan. Betapa lainnya sesi pembelajaran.

dengan belajar sastera jugakla, saya faham konsep sesebuah karya dihasilkan. apa yg penulis maksudkan mungkin tak sama apa yg kita fahamkan. sastera jiwa bangsa. sememangnya benar. kalau nak belajar tentang sesuatu bangsa bacala karya agung penulis bangsa itu. contohnya kalu nak tahu tentang bangsa melayu, dilemanya, adat dan budaya bacala Salina, Imam dan lain-lain karya agung. kalau nak tahu tentang bangsa Indonesia, bacalah Siti Nurbaya, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan lain-lain karya agung mereka.

Sastera memanglah jiwa Bangsa. Tanpa karya sastera, maka hilanglah jiwa bangsa itu. jadila bangsa itu bangsa bernyawa tapi tidak beroh.

No comments:

Post a Comment