"The only person who is educated is the one who has learned how to learn and change."
- Carl Rogers-
"Assert your right to make a few mistakes. If people can't accept your imperfections, that's their fault"
About Me

- harifa
- Saya cuma orang biasa yg menulis buah fikiran sendiri dan segala yg ditulis tidak bermaksud utk dikaitkan, mengaitkan sesiapa...
Monday, October 22, 2012
Sunday, October 21, 2012
Entri pembersihan blog yang besawang (^^,)
Lama betul tak update...dah besawang-sawang dah blog ni...
Hujung minggu ni baru bebas daripada membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah. Jadi bermulalah aktiviti mengvakum, mengemas, membasuh, mengemop dan segala-bala kerja pembersihan secara intensif. Iyalah minggu lepas menjaga booth pejabat sempena IGEM2012 di KLCC. Terasa Insaf pulak. Terkenangkan apa sumbangan diri ini untuk memastikan kelestarian sumber semulajadi yang makin berkurangan. Jadi sebagai orang yang bekerja dalam industri perkhidmatan air, pesanan saya gunakan air dengan berhemah. Setiap titis air yang digunakan adalah diambil daripada generasi akan datang (cewah macam iklan khidmat masyarakat plak.btw, itu iklan korporat pejabat saya...hehe)
Dalam kesibukan 2,3 bulan kebelakangan ini dengan isu-isu yang telah menjadi nanah & kudis...(penekanan adalah daripada pandangan saya sendiri) sempatlah membuat biskut coklat chip resepi yang diperolehi daripada kawan pejabat yang diambil daripada website puan siti delima. Ini gara-gara setelah merasa biskut yang telah dibuat oleh kawan pejabat tu sangat sedap, jadi dengan jayanya telah mencuba resepi biskut tu...
SAlah satu sebabnya adalah nak mencuba Convection Cooker (gambar) yang telah dibeli secara on-line pada bulan puasa lepas.Saya ni memang pelik sikit. Suka lari daripada mainstream. Orang lain beli oven biasa, saya beli convection cooker. Convection cooker ini masak menggunakan suhu/udara panas yang berpusing dalam bekas kaca tu...Sebelum ni, hanya bakar puff, biskut susu, ayam, goreng nugget (boleh digunakan untuk menggoreng). Cooker ini memang sangat bagus bagi yang menjaga diet/pemakanan kerana kita boleh goreng makanan yg sepatutnya deep fried dengan hanya melumurkan minyak pada makanan yang hendak digoreng dan diletakkan di atas tray.
Terleka dengan bayangan biskut yang sedap tu, saya terlupa untuk mengubah suhu. Cooker ini sebenarnya menjimatkan elektrik. Kalau ingin masak masa yang sama dengan oven biasa, suhunya perlu diturunkan 20-30%. Saya terlupa agaknya nak turunkan suhu, biskut saya terlebih garing dan berwarna coklat gelap. Nasib baik tak hangit. Kesilapan ini hanya disedari selepas tray kedua telah masak...huhu..Jjadi biskut ni saya segan nak bawa ke pejabat dan saya jadikan sarapan saya...hehe
Ini adalah entri merepek. Insya Allah entri seterusnya adalah tentang review buku yang saya memang lama dah baca. Sebenarnya dah baca lebih 2 kali, mengenai penyiasat kegemaran saya, Sherlock Holmes. Buku ini bertajuk House of Silk dan penulisnya diberi kebenaran oleh waris Sir Arthur Conan Doyle untuk menyambung cerita penyiasat Inggeris ini.
Saturday, May 19, 2012
Makanan Minda
Bila terbaca posting Sis Epit,
saya pun terfikir…betul saya bersetuju dengan pendapat beliau. Membaca adalah
satu kecintaan. Pada saya membaca itu satu kegilaan. Kalau bukan satu kegilaan
takkan saya sanggup berhabisan ratusan RM setiap tahun membeli buku-buku
penulis kegemaran saya, buku-buku bukan fiksyen, majalah dan sebagainya.
Pada pendapat saya terdapat dua
jenis bahan bacaan. Satu saya kategorikan sebagai bacaan berat (atau ilmiah)
dan satu lagi saya kategorikan bacaan ringan (istilah saya kepada Sis Epit
“Junk Reading”). Saya tidak anti kepada salah satu jenis bacaan ini. Malah saya
membaca kedua-duanya sekali. Contoh bacaan berat seperti karya yang perlukan
kita berfikir semasa membaca kerana maksudnya tidak terdapat secara prima facie
atau on the face (maaf… kalau dah berlatar belakangkan pendidikan
undang-undang, maka istilah-istilahperundangan selalu akan digunakan…hehe).
Maka, terpaksalah pembaca berfikir apa maksud disebalik penceritaan penulis
tersebut. Contohnya seperti karya-karya Usman Awang, A. Samad Said atau penulis
kontemporari seperti Faisal Tehrani.
Kategori kedua iaitu bacaan
ringan atau junk reading. Contoh yang mudah majalah-majalah hiburan, buku-buku
chic lit atau buku-buku pop fiksyen yang laris di kedai-kedai buku main stream.
Saya sendiri membaca Majalah Galaxie, Cleo, meminati juga Sophie Kinsella.
Pada saya pembacaan kedua-dua
jenis bahan bacaan ini perlu diseimbangkan. Terlalu membaca banyak majalah
hiburan pun tidak membina minda. Bagi saya, selepas menghabiskan sesuatu bacaan
berat atau ilmiah, saya perlukan satu bacaan ringan kerana kepala saya akan
menjadi sesak dengan maklumat-maklumat daripada bacaan tersebut dan bacaan
ringan membantu melegakan kesesakan tersebut.
Perumpamaan yang saya boleh
katakan ialah bacaan ringan @ junk reading itu macam fast food. Terlalu banyak
kita ambil, boleh menjejaskan kesihatan. Sama juga dengan bacaan, terlalu
banyak junk reading, boleh melemahkan minda. Tetapi kalau sekali-sekala, apa
salahnya. Akhirnya, pilihan di tangan sendiri…
Saya seorang yang sedikit
adventurous dalam pembacaan. Saya akan cuba membaca buku-buku yang dicadangkan
oleh rakan-rakan. Sekiranya saya tidak suka apa yang saya baca, saya tidak akan
baca lagi. Tetapi kalau penulis tersebut kegemaran rakan saya, saya tidak akan
mempengaruhinya untuk berhenti meminati penulis tersebut. Vice versa. Sekiranya
penulis kegemaran saya tidak diminati oleh rakan saya, saya menerima dengan
lapang dada. Bak kata emak, jari kita pun tak sama panjang. Kita hidup dalam
Negara yang merdeka dan Perlembagaan Persekutuan membenarkan kita membuat
pilihan. Jadi…berlapang dada dan minda…
Wednesday, May 2, 2012
Gila Buku
Kalau orang lain gila shopping, gila melawa, saya gila buku. Membeli buku dan membaca buku adalah hobi yang dikongsi oleh keluarga saya (kecuali adik lelaki). It always a family affairs...
Sempena cuti hari pekerja baru-baru ini, saya berkesempatan mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC diteman oleh sis Epit dan Diani...
Memang rambang mata memilih buku-buku yang dipamerkan. Ini antara buku-buku yang dibeli...
Dengan bajet yang sangat terhad, Alhamdullilah dapat juga beli buku-buku yang dihajati. Terutamanya buku-buku Faisal Tehrani yang susah nak dijumpai di kedai-kedai buku "mainstream".
Antara yang menjadi buruan saya adalah mendapatkan buku-buku terpakai yang sangat murah dan berbaloi di booth Pay Less.
Harap-harap dapat berkunjung lagi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur lagi. Insya Allah...
Saturday, April 28, 2012
Just human...
Sesuatu yang dipelajari dengan meneliti human attitude setiap hari:
People may perform well under pressure but people also tend to crack under pressure. So use the right 'action' if you want good outcome.
Sunday, January 8, 2012
SYukur & terima kasih...
Alhamdulillah... telah dijumpa apa yang dicari. Harapnya tahun 2012 ni lebih dimurahkan rezeki.
Tahun
2011 memang meninggalkan banyak memori..bertukar tempat kerja dan
merantau ke negeri lain. memang besar cabaran tu. nak membiasakan diri
dengan industri yg baru memang memeningkan kepala. walaupun tak berapa
"well-versed" lagi, alhamdulillah banyak yg dipelajari atas tunjuk ajar
bos dan rakan-rakan.
Antara cabaran yang terbesar adalah
mencari rumah. dah sampai cyberjaya, takde rumah plak. nasib baik ada
adik yg baik menawarkan utk menyewakan bilik di rumahnya. sempatla duduk
beberapa bulan, dapat berita yg dia baru bertunang & akan berkahwin
pada bln November. kelam-kabut cari rumah. alhamdulillah, ada rakan
seuniversiti menawrkan bilik utk disewa di rumahnya.
Alhamdulillah,
bulan Oktober 2011 akhirnya telah disahkan jawatan dan boleh menikmati
faedah-faedah sebagai pekerja. setelah 2,3 tahun bertukar kerja tanpa
sempat disahkan jawatan, Insya Allah mungkin ini karier yang dicari.
Tahun 2012 ni, Insya Allah akan
memulakan siri house-hunting. usia dah meningkat angka 30 ni kenalah ada
harta sedikit walaupun hanya sebijik rumah. tapi rumah area cyberjaya
dan putrajaya ni jangan harapla nak dapat bawah RM200k. semuanya atas
RM500K...huhu...doakan lah saya dapat cari "my home sweet home".
Insya Allah, tahun 2012 ni akan sentiasa update blog ni terutamanya review buku-buku.
Moga tahun 2012 ini, keluarga dan rakan-rakan akan menjalani kehidupan yg lebih baik dari tahun sebelumnya. Insya Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)