Lama betul tak update...dah besawang-sawang dah blog ni...
Hujung minggu ni baru bebas daripada membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah. Jadi bermulalah aktiviti mengvakum, mengemas, membasuh, mengemop dan segala-bala kerja pembersihan secara intensif. Iyalah minggu lepas menjaga booth pejabat sempena IGEM2012 di KLCC. Terasa Insaf pulak. Terkenangkan apa sumbangan diri ini untuk memastikan kelestarian sumber semulajadi yang makin berkurangan. Jadi sebagai orang yang bekerja dalam industri perkhidmatan air, pesanan saya gunakan air dengan berhemah. Setiap titis air yang digunakan adalah diambil daripada generasi akan datang (cewah macam iklan khidmat masyarakat plak.btw, itu iklan korporat pejabat saya...hehe)
Dalam kesibukan 2,3 bulan kebelakangan ini dengan isu-isu yang telah menjadi nanah & kudis...(penekanan adalah daripada pandangan saya sendiri) sempatlah membuat biskut coklat chip resepi yang diperolehi daripada kawan pejabat yang diambil daripada website puan siti delima. Ini gara-gara setelah merasa biskut yang telah dibuat oleh kawan pejabat tu sangat sedap, jadi dengan jayanya telah mencuba resepi biskut tu...
SAlah satu sebabnya adalah nak mencuba Convection Cooker (gambar) yang telah dibeli secara on-line pada bulan puasa lepas.Saya ni memang pelik sikit. Suka lari daripada mainstream. Orang lain beli oven biasa, saya beli convection cooker. Convection cooker ini masak menggunakan suhu/udara panas yang berpusing dalam bekas kaca tu...Sebelum ni, hanya bakar puff, biskut susu, ayam, goreng nugget (boleh digunakan untuk menggoreng). Cooker ini memang sangat bagus bagi yang menjaga diet/pemakanan kerana kita boleh goreng makanan yg sepatutnya deep fried dengan hanya melumurkan minyak pada makanan yang hendak digoreng dan diletakkan di atas tray.
Terleka dengan bayangan biskut yang sedap tu, saya terlupa untuk mengubah suhu. Cooker ini sebenarnya menjimatkan elektrik. Kalau ingin masak masa yang sama dengan oven biasa, suhunya perlu diturunkan 20-30%. Saya terlupa agaknya nak turunkan suhu, biskut saya terlebih garing dan berwarna coklat gelap. Nasib baik tak hangit. Kesilapan ini hanya disedari selepas tray kedua telah masak...huhu..Jjadi biskut ni saya segan nak bawa ke pejabat dan saya jadikan sarapan saya...hehe
Ini adalah entri merepek. Insya Allah entri seterusnya adalah tentang review buku yang saya memang lama dah baca. Sebenarnya dah baca lebih 2 kali, mengenai penyiasat kegemaran saya, Sherlock Holmes. Buku ini bertajuk House of Silk dan penulisnya diberi kebenaran oleh waris Sir Arthur Conan Doyle untuk menyambung cerita penyiasat Inggeris ini.
No comments:
Post a Comment