About Me

My photo
Saya cuma orang biasa yg menulis buah fikiran sendiri dan segala yg ditulis tidak bermaksud utk dikaitkan, mengaitkan sesiapa...

Saturday, May 9, 2015

Touched by an Angel

Touched by an Angel

We, unaccustomed to courage
exiles from delight
live coiled in shells of loneliness
until love leaves its high holy temple
and comes into our sight
to liberate us into life.

Love arrives
and in its train come ecstasies
old memories of pleasure
ancient histories of pain.
Yet if we are bold,
love strikes away the chains of fear
from our souls

We are weaned from our timidity
In the flush of love's light
we dare be brave
And suddenly we see
that love costs all we are
and will ever be.
Yet it is only love
which sets us free

-Maya Angelou-

Monday, October 22, 2012

"The only person who is educated is the one who has learned how to learn and change."
- Carl Rogers-

Sunday, October 21, 2012

Entri pembersihan blog yang besawang (^^,)

Lama betul tak update...dah besawang-sawang dah blog ni...

Hujung minggu ni baru bebas daripada membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah. Jadi bermulalah aktiviti mengvakum, mengemas, membasuh, mengemop dan segala-bala kerja pembersihan secara intensif. Iyalah minggu lepas menjaga booth pejabat sempena IGEM2012 di KLCC. Terasa Insaf pulak. Terkenangkan apa sumbangan diri ini untuk memastikan kelestarian sumber semulajadi yang makin berkurangan. Jadi sebagai orang yang bekerja dalam industri perkhidmatan air, pesanan saya gunakan air dengan berhemah. Setiap titis air yang digunakan adalah diambil daripada generasi akan datang (cewah macam iklan khidmat masyarakat plak.btw, itu iklan korporat pejabat saya...hehe)

Dalam kesibukan 2,3 bulan kebelakangan ini dengan isu-isu yang telah menjadi nanah & kudis...(penekanan adalah daripada pandangan saya sendiri) sempatlah membuat biskut coklat chip resepi yang diperolehi daripada kawan pejabat yang diambil daripada website puan siti delima. Ini gara-gara setelah merasa biskut yang telah dibuat oleh kawan pejabat tu sangat sedap, jadi dengan jayanya telah mencuba resepi biskut tu...

SAlah satu sebabnya adalah nak mencuba Convection Cooker (gambar) yang telah dibeli secara on-line pada bulan puasa lepas.Saya ni memang pelik sikit. Suka lari daripada mainstream. Orang lain beli oven biasa, saya beli convection cooker. Convection cooker ini masak menggunakan suhu/udara panas yang berpusing dalam bekas kaca tu...Sebelum ni, hanya bakar puff, biskut susu, ayam, goreng nugget (boleh digunakan untuk menggoreng). Cooker ini memang sangat bagus bagi yang menjaga diet/pemakanan kerana kita boleh goreng makanan yg sepatutnya deep fried dengan hanya melumurkan minyak pada makanan yang hendak digoreng dan diletakkan di atas tray.

Terleka dengan bayangan biskut yang sedap tu, saya terlupa untuk mengubah suhu. Cooker ini sebenarnya menjimatkan elektrik. Kalau ingin masak masa yang sama dengan oven biasa, suhunya perlu diturunkan 20-30%. Saya terlupa agaknya nak turunkan suhu, biskut saya terlebih garing dan berwarna coklat gelap. Nasib baik tak hangit. Kesilapan ini hanya disedari selepas tray kedua telah masak...huhu..Jjadi biskut ni saya segan nak bawa ke pejabat dan saya jadikan sarapan saya...hehe

Ini adalah entri merepek. Insya Allah entri seterusnya adalah tentang review buku yang saya memang lama dah baca. Sebenarnya dah baca lebih 2 kali, mengenai penyiasat kegemaran saya, Sherlock Holmes. Buku ini bertajuk House of Silk dan penulisnya diberi kebenaran oleh waris Sir Arthur Conan Doyle untuk menyambung cerita penyiasat Inggeris ini.

Saturday, May 19, 2012

Makanan Minda

Bila terbaca posting Sis Epit, saya pun terfikir…betul saya bersetuju dengan pendapat beliau. Membaca adalah satu kecintaan. Pada saya membaca itu satu kegilaan. Kalau bukan satu kegilaan takkan saya sanggup berhabisan ratusan RM setiap tahun membeli buku-buku penulis kegemaran saya, buku-buku bukan fiksyen, majalah dan sebagainya.

Pada pendapat saya terdapat dua jenis bahan bacaan. Satu saya kategorikan sebagai bacaan berat (atau ilmiah) dan satu lagi saya kategorikan bacaan ringan (istilah saya kepada Sis Epit “Junk Reading”). Saya tidak anti kepada salah satu jenis bacaan ini. Malah saya membaca kedua-duanya sekali. Contoh bacaan berat seperti karya yang perlukan kita berfikir semasa membaca kerana maksudnya tidak terdapat secara prima facie atau on the face (maaf… kalau dah berlatar belakangkan pendidikan undang-undang, maka istilah-istilahperundangan selalu akan digunakan…hehe). Maka, terpaksalah pembaca berfikir apa maksud disebalik penceritaan penulis tersebut. Contohnya seperti karya-karya Usman Awang, A. Samad Said atau penulis kontemporari seperti Faisal Tehrani.

Kategori kedua iaitu bacaan ringan atau junk reading. Contoh yang mudah majalah-majalah hiburan, buku-buku chic lit atau buku-buku pop fiksyen yang laris di kedai-kedai buku main stream. Saya sendiri membaca Majalah Galaxie, Cleo, meminati juga Sophie Kinsella. 

Pada saya pembacaan kedua-dua jenis bahan bacaan ini perlu diseimbangkan. Terlalu membaca banyak majalah hiburan pun tidak membina minda. Bagi saya, selepas menghabiskan sesuatu bacaan berat atau ilmiah, saya perlukan satu bacaan ringan kerana kepala saya akan menjadi sesak dengan maklumat-maklumat daripada bacaan tersebut dan bacaan ringan membantu melegakan kesesakan tersebut. 

Perumpamaan yang saya boleh katakan ialah bacaan ringan @ junk reading itu macam fast food. Terlalu banyak kita ambil, boleh menjejaskan kesihatan. Sama juga dengan bacaan, terlalu banyak junk reading, boleh melemahkan minda. Tetapi kalau sekali-sekala, apa salahnya. Akhirnya, pilihan di tangan sendiri… 

Saya seorang yang sedikit adventurous dalam pembacaan. Saya akan cuba membaca buku-buku yang dicadangkan oleh rakan-rakan. Sekiranya saya tidak suka apa yang saya baca, saya tidak akan baca lagi. Tetapi kalau penulis tersebut kegemaran rakan saya, saya tidak akan mempengaruhinya untuk berhenti meminati penulis tersebut. Vice versa. Sekiranya penulis kegemaran saya tidak diminati oleh rakan saya, saya menerima dengan lapang dada. Bak kata emak, jari kita pun tak sama panjang. Kita hidup dalam Negara yang merdeka dan Perlembagaan Persekutuan membenarkan kita membuat pilihan. Jadi…berlapang dada dan minda…

Wednesday, May 2, 2012

Gila Buku

Kalau orang lain gila shopping, gila melawa, saya gila buku. Membeli buku dan membaca buku adalah hobi yang dikongsi oleh keluarga saya (kecuali adik lelaki). It always a family affairs...

Sempena cuti hari pekerja baru-baru ini, saya berkesempatan mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC diteman oleh sis Epit dan Diani...



Memang rambang mata memilih buku-buku yang dipamerkan. Ini antara buku-buku yang dibeli...


Dengan bajet yang sangat terhad, Alhamdullilah dapat juga beli buku-buku yang dihajati. Terutamanya buku-buku Faisal Tehrani yang susah nak dijumpai di kedai-kedai buku "mainstream". 

Antara yang menjadi buruan saya adalah mendapatkan buku-buku terpakai yang sangat murah dan berbaloi di booth Pay Less.

Harap-harap dapat berkunjung lagi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur lagi. Insya Allah...

Saturday, April 28, 2012

Just human...

Sesuatu yang dipelajari dengan meneliti human attitude setiap hari:

People may perform well under pressure but people also tend to crack under pressure. So use the right 'action' if you want good outcome.

Sunday, January 8, 2012

SYukur & terima kasih...

Alhamdulillah... telah dijumpa apa yang dicari. Harapnya tahun 2012 ni lebih dimurahkan rezeki.

Tahun 2011 memang meninggalkan banyak memori..bertukar tempat kerja dan merantau ke negeri lain. memang besar cabaran tu. nak membiasakan diri dengan industri yg baru memang memeningkan kepala. walaupun tak berapa "well-versed" lagi, alhamdulillah banyak yg dipelajari atas tunjuk ajar bos dan rakan-rakan.

Antara cabaran yang terbesar adalah mencari rumah. dah sampai cyberjaya, takde rumah plak. nasib baik ada adik yg baik menawarkan utk menyewakan bilik di rumahnya. sempatla duduk beberapa bulan, dapat berita yg dia baru bertunang & akan berkahwin pada bln November. kelam-kabut cari rumah. alhamdulillah, ada rakan seuniversiti menawrkan bilik utk disewa di rumahnya.

Alhamdulillah, bulan Oktober 2011 akhirnya telah disahkan jawatan dan boleh menikmati faedah-faedah sebagai pekerja. setelah 2,3 tahun bertukar kerja tanpa sempat disahkan jawatan, Insya Allah mungkin ini karier yang dicari.

Tahun 2012 ni, Insya Allah akan memulakan siri house-hunting. usia dah meningkat angka 30 ni kenalah ada harta sedikit walaupun hanya sebijik rumah. tapi rumah area cyberjaya dan putrajaya ni jangan harapla nak dapat bawah RM200k. semuanya atas RM500K...huhu...doakan lah saya dapat cari "my home sweet home".

Insya Allah, tahun 2012 ni akan sentiasa update blog ni terutamanya review buku-buku.

Moga tahun 2012 ini, keluarga dan rakan-rakan akan menjalani kehidupan yg lebih baik dari tahun sebelumnya. Insya Allah

Friday, August 26, 2011

These little grey cells. It is up to them.

Agatha Christie (1890-1976)

Wednesday, July 27, 2011

CARIAN

Masa praktis dulu, selalu buat carian kebankrapan, penggulungan, hakmilik, fail mahkamah blabla...
Semua carian @ search tu ada purpose...

tapi sekarang saya mencari sesuatu...apa yg dicari?? sebagai org Islam tentunya saya mencari keredhaanNYA...Sentiasa berdoa agar selalu dalam LindunganNYA...Insya Allah

Ada sesuatu yang kita cari dalam kehidupan ini. ada org mencari kemewahan, ada orang mencari fame, ada orang mencari dirinya sendiri...

Saya??? wallahua'lam...mestikah saya terus menunggu @ patutkah saya meneruskan pencarian???

Saturday, July 23, 2011

"The best preparation for tomorrow is doing your best today."

-H. Jackson Brown, Jr.-

Sunday, July 17, 2011

The Confession by John Grisham - the review



First of all, I want to apologize to Sis Epit. memang nak tulis review ni bila dah abis baca tapi kesihatan tak mengizinkan. sorry sis..

Reading the back of the book cover which wrote "An innocent man is about to be executed, only a guilty man can save him". If you are familiar with Mr. Grisham style of writing and his subject matter, you can probably presume that this book is about court battle. However, most of the story is about how a 18 years old black boy being accused of rape and murder of his school mate, a crime he never committed.

Bagi sesiapa yang kurang biasa dengan prosedur mengambil keterangan saksi, di Amerika mungkin sedikit berbeza dengan negara Common Law seperti Malaysia. Tetapi asas hak asasi manusia adalah sama bahawa tiada sesiapa yang boleh dipaksa memberi keterangan tanpa kerelaannya.

What happen to this young men, he was forced & coerced to confess the crime. He was found guilty by jury consist of all white jury before a judge who has illicit affairs with the prosecutor. Both of the judge & prosecutor are elected official unlike in Malaysia where judges and prosecutor (DPP) are public servant.

Moving on to 9 years later, at the eleven hours of the execution of the penalty (death by lethal injection), a man come forward and admitted that he has raped and killed the girl. 

Rasanya kalau baca sendiri lagi bestkan??? seperti buku-buku En, Grisham, kita akan dapati perbezaan sistem perundangan, kehakiman & eksekutif di Amerika. Hakim, pendakwa raya, gabenor, Datuk Bandar adalah dipilih melalui pilihan raya. oleh itu, setiap keputusan yang dibuat perlulah memikirkan dari segi politik dan undian. 

Seperti juga buku En Grisham yang lain, pengakhiran ceritanya bukanlah klise atau tipikal. jadi akhiran ala hindustan bukanla pilihan beliau. Akhiran cerita beliau selalunya adalah realistik. Memandangkan beliau juga adalah salah seorang ahli lembaga pengarah Innocent Project di New York dan pengerusi Lembaga Pengarah Innocent Projek di University of Mississippi School of Laws, mungkin juga cerita ini menunjukkan tentang pandangan beliau mengenai hukuman mati itu sendiri terutamanya jika dijatuhkan terhadap orang yang tidak melakukan jenayah tersebut. Buku ini memang menarik dan sukar bagi saya yg dalam demam ketika menghabiskan buku ini untuk berhenti membaca..

Happy Reading!!

Friday, April 8, 2011

"You were born to win, but to be a winner, you must plan to win, prepare to win, and expect to win."
-Zig Ziglar-

Sunday, March 27, 2011

I am who I am...

Do you hate when people always poking upon your life??have you ever think that these people, haven't they have anything better to do rather than asking annoying question...Well, I do...

I hate when people says that I should change to this...or they doesnt like my image...hey people!!!mind your own business....or when they ask you, when are you getting married...even my mother is ok im being single why should I answer your question..

But being a Malay girl, you can't just say what you like especially if this busybodies iare the elders. Usually, I will answer with a smile...hope the smile can answer their question...hehe

But right now, I am comfortable with my life. happy with it and working my b**t up to achieve my dreams...so people, dont take what others tell you seriously. if their saying can motivate you, accept it if not, just ignore and move on...

Thursday, February 24, 2011

SYMP

Sungguh memenatkan 2,3 minggu ni…Minggu lepas ke Pengkalan Hulu menghadiri bengkel selama 3 hari kemudian minggu ini hari Selasa ke Ipoh sebab ada perbincangan SUK. Kemudian hari ini ada program di Tapah…huh…penat betul…
Minggu depan dimulai dengan 2 Mesyuarat penting pada hari Isnin dan petangnya bertolak ke Seberang Perai kerana hari Selasa ada taklimat di sana…harap2nya hari rabu sampai jumaat bolehla menghabiskan kerja-kerja yang bertimbun di atas meja sepanjang ketiadaan saya…nak buat macam mana, kita ni one man show. Nasib baik ada 2 org Admin Assistant yg cekap dan prihatin…kalu tak, rasanya clerical work pun kena buat jugak...
Itula antara diari dan rutin saya sepanjang bertugas sebagai penjawat awam. Maklumla, SYMP (saya yg menurut perintah). Kalau tak dedicate, makan gaji buta pulak…tak halal rezekinya…Saya pernah merasa tersinggung apabila terdengar seseorang berkata masa datang temuduga untuk jawatan kerajaan, sebab beliau mahu kerja kerajaan sebab mudah dan ‘8 to 5’… saya tersinggung sebab saya dibesarkan dalam keluarga penjawat awam. Saya ingat lagi dari saya kecil lagi ayah selalu bawa saya dan adik lelaki saya ke pejabat pada waktu malam untuk temankan ayah habiskan kerja-kerja beliau. Harus diingatkan disini, ayah saya tak boleh claim overtime. Emak saya pun selalu pergi ke pejabat pada sebelah malam atau pada hujung minggu untuk menghabiskan kerja2 beliau semasa beliau berkhidmat dulu…adik saya yang lelaki pulak, hanya akan punch out keluar seawal-awal pun pukul 8 malam. Saya pulak biasanya hujung minggu akan ke pejabat memastikan kerja2 selesai…sebab tu saya sangat terasa…
Rasanya ni dah sampai tahap membebel…hehe…Cuma yang menjadi pegangan saya, setiap hari saya bekerja kerana Allah dan berdoa agar rezeki yang diberikan pada hari itu adalah rezeki yang halal…
Bak kata ayah saya, “Jangan jadi cicak, jadilah orang yang Bijak”…Insya Allah…

Tuesday, January 4, 2011

"The happiest people don't have the best of everything, they just make the best of everything they have."

- Anonymous-



Thursday, November 11, 2010

Sastera Jiwa Bangsa

semaalam entah macam mana tak boleh tidur sebab di Behrang 2020 ni panas. jadi terbukala siaran di TV3, Soal Jawab. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Prof Lim Swee Ting, dengan mempelajari atau menghayayati sastera, sebenarnya kita mempelajari jiwa bangsa (lebih kurang begitula. maaf kalau tersalah petik kata-kata Prof).

Saya bersetuju sebenarnya. saya sebenarnya amat berminat dengan subjek sastera( dapat A1 masa SPM...hehe). banyak rakan2 mengatakan subjek sastera adalah senang untuk diskor. tetapi hanya mereka yang belajar sahaja tahu betapa payahnya nak meyakinkan pemeriksa dgn jawapan diberikan memandangkan subjek tersebut terlalu subjektif. bukanlah seperti subjek matematek yang 1+1 tentulah jawapannya 2. saya sebenarnya bersyukur dapat belajar subjek ini dan sangat cemburu dengan orang-orang yang dapat meneruskan pengajian di universiti dalam pengajian kesusasteraan seperti adik saya yang bongsu.

Saya masih ingat betapa gigih guru saya cuba memahamkan bait-bait gurindam, puisi atau sastera klasik kepada kami. Betapa seronoknya waktu belajar subjek drama yg masing-masing cuba menggilap bakat lakonan. Betapa lainnya sesi pembelajaran.

dengan belajar sastera jugakla, saya faham konsep sesebuah karya dihasilkan. apa yg penulis maksudkan mungkin tak sama apa yg kita fahamkan. sastera jiwa bangsa. sememangnya benar. kalau nak belajar tentang sesuatu bangsa bacala karya agung penulis bangsa itu. contohnya kalu nak tahu tentang bangsa melayu, dilemanya, adat dan budaya bacala Salina, Imam dan lain-lain karya agung. kalau nak tahu tentang bangsa Indonesia, bacalah Siti Nurbaya, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan lain-lain karya agung mereka.

Sastera memanglah jiwa Bangsa. Tanpa karya sastera, maka hilanglah jiwa bangsa itu. jadila bangsa itu bangsa bernyawa tapi tidak beroh.

Tuesday, November 9, 2010

"It is amazing what you can accomplish if you do not care who gets the credit."
-Harry S. Truman-

Monday, November 8, 2010

BAHAGIA???

Bahagia ke seseorang itu kalau dia seorang yg kaya? Iyela, tengok org2 kaya di perumahan atas bukit tu, rumah besar, kereta jenama pelik2 yg orang marhaen macam saya ni kalu kerja makan gaji 20 tahun pun tak tentu boleh pakai...

sesetengah orang berpendapat kekayaan tu lambang kebahagian...maklumla dgn duit yg banyak barula boleh duduk rumah yg selesa, kenderaan yg besar etc.

Bagi saya? saya tak nafikan sumber kewangan salah satu kunci kebahagian sebab ada keluarga yg berpecah belah sebab tak cukup sumber kewangan. tapi cuba fikir, ada jugak keluarga yg kaya raya tapi berpecah belah. iyelah kalu miskin, nak makan apa plak kan? contohnya, saya bekerja untuk sara diri, ibubapa, adik yg masih belajar. kalu saya tak bekerja maka takdela sumber kewangan.teringat pulak kata orang, duit tu ibu maksiat. kalau duit tak digunakan dgn elok lain plak jadinya.

Kebahagian pada saya lebih kepada spiritual. kalau hati senang, semua kerja pun jadi. kalau diri rasa bahagia dan tenang, keluarga pun akan bahagia. kalau secara ruhaniahnya kita bahagia, maka secara tak langsung fisikal akan terlahirla kebahagian...

Jadi saya akan sentiasa bersikap positif dan optimis supaya hati saya sentiasa bahagia...

Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan akan pergi...sayunya...

Nampaknya sekejap aje masa berlalu...hari ni dah 28 Ramadhan...huhu...rasanya baru aje berpuasa

setelah 2,3 tahun berpuasa dengan mak n ayah, inilah 1st time berpuasa sendirian. selalunya balik dari kerja, tak payah fikir apa nak berbuka semua telah siap. tahun ni, tiap-tiap hari rushing ke pasar ramadhan di tmn wagsa jaya tg malim, beli lauk n sayur, kuih. kemudian rushing balik rumah masak nasik....huhu...penantnya...nasib baik state govt bagi keluar pukul 4.30 ptg, tidak mau bersesak di pasar ramadhan..

esok, Insya Allah pagi2 akan balik ke ipoh...iyelah esok hari memasak kata org perak...saya memasak ke????emakla yg memasak rendang dan ketupat palas. saya tolong makan aje...;)...kemudian ptg @ mlm selepas adik saya dari Putrajaya sampai barulah kami bertolak ke Kg.

selamat tinggal Ramadhan...harap-harap panjang umur untuk bertemu di tahun hadapan...

Saturday, August 14, 2010

Maher Zain

Dah lama rasanya tak dengar lagu ketuhanan / nasyid yg best selepas Raihan (Saya peminat setia!!!). Walaupun lagunya dalam bahasa Inggeris tapi lagunya memang menyentuh hati...

Contohnya lagu The Choosen One http://maherzaintube.blogspot.com/2010/08/chosen-one-maher-zain.html setelah mendengarnya, rasa rindu kkpd Rasulullah s.a.w...

Ini liriknya renungkanlah...
Maher Zain - The Chosen One


In a time of darkness and green
It is your light that we need
You came to teach us how to live

Mohammed ya rasool Allah

Choras

You were so caring and kind
You're so wise full of light
You are the best of mankind

Mohammed khairo khalq illah
Salu ala rasool ellah
Habibi el mostafa
Peace be upon the messenger the chosen one

Choras

From love you returned away
In all nigh you would pray
Truthful in every word you say

Mohammed ya rasool Allah
Choras

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by no one
You are Allah chosen one

Mohammed khairo khalq illah
Salu ala rasool ellah
Habibi el mostafa
Peace be upon the messenger the chosen one

Choras

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

Salu ala rasool ellah x3
Habibi el mostafa x2
Peace be upon the messenger the chosen one x3

Choras